suria

Orang Awam Cedera Pokok 'Gergasi' Tumbang Depan KLCC

PETALING JAYA: Sebatang pokok yang tumbang di Jalan Ampang, Kuala Lumpur mencederakan sekurang-kurangnya seorang pejalan kaki dan menghalang lalu lintas di pusat bandar.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi akaun Twitter pada pagi Isnin memaklumkan bahawa pokok itu tumbang di hadapan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menuju ke Avenue K.

DBKL berkata, pokok itu menghempap orang awam di kawasan itu, sambil menambah bahawa polis trafik dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah berada di lokasi.

Gambar-gambar di lokasi kejadian menunjukkan anggota bomba menyelamatkan seorang mangsa yang tidak sedarkan diri.

Para pemandu yang menuju ke pusat bandar dinasihatkan agar menggunakan laluan alternatif buat sementara waktu.

pokok tumbang

Artikel Lain