suria

Lori Terbabas Punca Jambatan Pulau Pinang Sesak

BUTTERWORTH: Kesesakan trafik yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang adalah disebabkan oleh kemalangan melibatkan lori di KM1.0 menghala ke Pulau Pinang.

Walaupun lori yang terlanggar dengan penghadang jambatan pada pukul 3.30 pagi Selasa itu sudah dialihkan, namun keadaan trafik masih perlahan setakat pukul 10 pagi.

Kenderaan di beberapa kawasan di semenanjung menghala ke jambatan itu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan trafik perlahan di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan berlaku sehingga ke Permatang Pauh sekaligus menyebabkan orang awam lewat tiba di tempat kerja.

Pihak polis masih menyiasat insiden tersebut.

kren, jambatan Pulau Pinang

Artikel Lain