suria

Fitnah Bermula Dari Komen, Bukan Berita

Gambar hiasan.

SHAH ALAM: Fitnah media sosial yang berlaku pada hari ini bermula daripada mereka yang memberi komen kepada satu-satu berita.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berpandangan, perkara ini sering terjadi kepada ramai orang termasuk dirinya.

"Mereka memberikan komen kepada berita. Apabila kita baca pun tak seronok sebab ia lari konteks berita yang disampaikan.

"Mereka inilah yang timbulkan fitnah kerana kebanyakan mereka menokok tambah," katanya ketika menjadi panel dalam program Wacana Sinar Harian Ke-52: Fitnah Media Sosial Jadi Senjata Politik di sini, Khamis.

Beliau berkata, individu seperti inu serung berlindung di balik alam siber.

"Saya pun pernah kena. Komen-komen ni yang bila baca pun tak sedap. Ini budaya tak elok," katanya. - Sinar Online

Artikel Lain