suria

Gempa Gegar Ranau, Lebih 100 Pendaki Selamatkan Diri

KOTA KINABALU: Lebih 100 pendaki bergegas turun ke tempat selamat di Laban Rata di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi berukuran 5.2 magnitud melanda kawasan Ranau di Sabah pada Khamis malam.

Presiden Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Richard Soibi berkata, tiada laporan kecederaan atau kerosakan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.06 malam.

Penduduk Kundasang berkata, gegaran kuat berlaku selama dua hingga tiga saat.

Gegarannya dirasai di bahagian barat Gunung Kinabalu dari Kota Belud, Tamparuli, Kiulu dan bandar di sini serta di Penampang dan Papar.

Bagaimanapun, Soibi buat masa ini tidak dapat mengesahkan sekiranya terdapat kerosakan pada struktur di puncak gunung di mana gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda Gunung Kinabalu tiga tahun lalu, mengorbankan kira-kira 18 pendaki dan malim.

Ranau, Laban Rata, Gunung Kinabalu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain