PETALING JAYA: Seorang wanita diikat, dipukul dan dirogol oleh bekas kekasihnya. Mangsa, seorang ibu tunggal, mendakwa bahawa dia dipaksa masuk ke dalam kereta milik bekas kekasihnya sekitar pukul 7 malam pada 15 Mac lalu. Mangsa berusia 31 tahun mendakwa bekas teman lelakinya yang berusia 34 tahun itu membawa dia ke sebuah butik di Plaza Glomac, Kelana Jaya dan didakwa merogolnya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata lelaki itu membawa mangsa ke sebuah bilik stor dan mengikat tangan dan kakinya menggunakan tali. "Wanita itu berjaya membebaskan dirinya sekitar 6 pagi hari berikutnya sebelum melarikan diri. "Dia meminta bantuan orang ramai untuk membawa dia ke Balai Polis Kelana Jaya," katanya. Berikutan laporan polis yang dibuat oleh mangsa, polis mengambil dua orang lelaki berusia 30 dan 34 tahun. Beliau berkata siasatan menunjukkan bahawa suspek dan mangsa pernah mempunyai hubungan dan berpisah tahun lepas. "Kami mengklafikasikan sebagai kes rogol," katanya.