suria

HKL Kembali Pulih

Salah sebuah bangunan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbakar lewat tengah hari Sabtu.

KUALA LUMPUR: Semua perkhidmatan yang terjejas susulan kebakaran di stor barangan pakai buang Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu, telah kembali pulih kecuali beberapa talian telefon yang sedang diselenggara.

Pengarah HKL, Dr Nor Akma Yusuf berkata pengoperasian perkhidmatan Jabatan Kecemasan dan Trauma dan lain-lain yang terlibat telah berjalan seperti biasa.

"Pihak HKL masih meneruskan pemeriksaan dan ujian ke atas sistem teknikal dan perubatan dari semasa ke semasa untuk memastikan keselamatan sistem tersebut dan pada masa sama memastikan perkhidmatan kepada pesakit atau pelanggan tidak terjejas," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: HKL Terbakar

Nor Akma berkata punca sebenar kebakaran masih belum dikenal pasti dan pihak bomba masih menjalankan siasatan manakala anggaran kerosakan sedang disemak.

Menurutnya, kebakaran itu mengakibatkan beberapa fungsi teknikal dan sistem terjejas di beberapa kawasan berhampiran insiden seperti Jabatan Forensik, Jabatan Perubatan Am, sebahagian Jabatan Patologi dan Kaunter Daftar Masuk HKL. - Bernama

HKL

Artikel Lain