suria

Lelaki Tanggung Sakit Setengah Jam Tersepit Pada Cermin Kereta

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal terpaksa menahan sakit selama setengah jam kerana tersepit pada cermin sebuah kenderaan dalam satu kemalangan di bandar ini pada awal Sabtu.

Adline Aslin, 20, jatuh melayang ke atas cermin itu selepas motosikal yang dinaikinya berlanggar dengan kereta ketika hendak membuat pusingan-U dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.40 pagi itu.

Orang awam yang berada di kawasan itu tidak mampu berbuat apa-apa selain menghubungi pihak perkuasa untuk membantu mangsa.

Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian mengeluarkan mangsa secara perlahan-lahan daripada cermin yang retak itu sebelum memberikan bantuan kecemasan kepadanya.

Ketua operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 1.50 pagi.

"Pasukan kecemasan dari Hospital Queen Elizabeth menghantar mangsa ke hospital selepas lelaki itu berjaya dikeluarkan daripada kereta," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan.

Difahamkan, mangsa mengalami kepatahan, leher lebam dan beberapa kecederaan lain akibat kemalangan itu.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

kemalangan

Artikel Sebelum

HKL Kembali Pulih

Artikel Lain