ISU geng basikal lajak bukan perkara baharu. Malah insiden membabitkan kehilangan nyawa juga banyak dilaporkan sebelum ini. Selain anggota penguatkuasa bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab mereka, ibu bapa juga harus memainkan peranan dalam membantu membanteras gejala sosial ini.