suria

Banyak Pokok Tumbang, Pengguna Disaran Tambah Insurans Bencana

Gambar hiasan. - Facebook/ FarlimCP

KAMUNTING: Pengguna dinasihatkan agar membuat tambahan terhadap insurans kenderaan mereka membabitkan bencana alam.

Sejak kebekalangan ini kawasan Taiping, Kamunting dan sekitarnya sering terlibat dalam kejadian ribut beserta angin kencang sehingga mengakibatkan banyak kenderaan rosak kerana ditimpa pokok tumbang.

Penasihat Pengguna Taiping, Dr Billy Toh berkata, mungkin ramai dalam kalangan pengguna tiada kategori bencana ini di dalam insurans kenderaan mereka.

"Pertama melibatkan kejadian banjir, ribut, gempa bumi dan tsunami, tanah runtuh serta letupan gunung berapi," katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian, sebagai mengulas kejadian ribut dan angin kencang yang berlaku di kawasan Taiping Jumaat lalu.

Tambah Billy, ramai dalam kalangan pengguna hari ini tidak membuat tambahan tersebut dan apabila kenderaan mereka terlibat dalam bencana alam, pihak insurans tidak akan bertanggungjawab.

"Oleh itu, banyak faedahnya sekiranya mereka membuat tambahan perlindungan," katanya.

Mengulas lanjut, Billy berkata, walau dalam apa juga keadaan, pengguna perlu bijak membuat pilihan.

"Mereka juga boleh membuat semakan harga sebelum membeli sebarang insurans dan sebaik-baiknya ia haruslah 90 peratus mengikut harga pasaran semasa," katanya. - Sinar Harian

pokok tumbang, insurans bencana

Artikel Lain