suria

Sajat Sedih, Lori Muatan Bengkung Terbakar

Nur Sajat.

PETALING JAYA: Lori yang membawa produk kecantikan keluaran syarikat milik usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman terbabit dalam kemalangan.

Bercakap kepada mStar Online, Sajat berkata, kejadian membabitkan lori yang membawa muatan produk bengkungnya di China pada Rabu.

Ketika kejadian, katanya, ia dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk proses penghantaran produk ke Malaysia.

"Sangat terkilan bila lori yang nak menghala ke lapangan terbang tu terbabit dalam kemalangan jalan raya.

"Tak boleh nak buat apa, lori dan bengkung-bengkung kami pun terbakar. Jumlah kerugian kami hampir RM350,000," katanya pada Khamis malam.

Sajat berkata, pihaknya kini sedang menunggu proses insurans dan berharap semua pihak dapat bersabar berikutan kemungkinan kelewatan penghantaran produk.

Posting Sajat di Instagram mengenai lori yang membawa produk kecantikanya terbabit dalam kemalangan.

Berita mengenai kemalangan itu turut dimaklumkan Sajat di laman sosial Instagramnya pada Khamis malam.

“Sedih sangat-sangat... Sajat baru dapat berita pagi tadi, lori yang sepatutnya menghantar ‘bekalan terakhir’ kepada kami, mengalami kecelakaan di jalan raya,” katanya yang turut memuat naik video kemalangan yang menunjukkan kenderaan terbakar dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, Sajat memohon maaf kepada semua pihak terutama stokis, ejen dan pelanggan yang menunggu stok produk tersebut.

“Sajat betul-betul terkilan dan serba salah sangat-sangat bila berlakunya kejadian sebegini,” katanya.

Sedih sangat2 bila production sajat lets bengkung gold mengalami situasi mcm ini..sajat baru dapat berita pagi tadi,lorry yang sepatut nya hantar last production pada kami,mengalami kecelakan di jalan raya...kami di sini berminta maaf kepada mereka,terutamanya stokis2 kami,agent2 kami,customer2 yang menunggu Production kami...sajat betul2 terkilan dan serba salah sangat2 bila berlakunya kejadian sebegini... kami harap,sesiapa yang dah berurusan dengan stokis2 kami dan agent2 kami atas urusan preoder..kami di sini akan mengpercepatkan persediaan production secepat mungkin..segala kemusnahan bengkung yang akan di terbangkan hari ini,sepatut nya ada 3000pcs..tetapi semua nya musnah berlaka???,staf kami dari china beri info pada sajat pagi tadi...sedih sangat2 tau..????? Sajat akan sentiasa update selalu tentang production kami.. kepada client2 harap bersabar yer??..jangan marah stokis2 sajat atau agent2 sajat.. klu tak percaya,boleh call terus kat HQ...harap maaf sangat2 dan fahami situasi kami atas bencana yang menimpa ini.. terima kasih???? #sosedih #mybengkung #maafataskelewatan #sosedih #nursajat #letsbengkunggold

A post shared by NUR SAJAT TISHRIN (@nursajat02) on

Menurut Sajat, pihaknya akan mempercepatkan proses pengeluaran produk yang baharu secepat mungkin bagi mengatasi tempahan yang telah dibuat.

Beliau juga akan mengemaskini perkembangan mengenai pengeluaran produknya dari semasa ke semasa dan berharap pelanggannya dapat bersabar.

“Harap maaf sangat-sangat dan fahami situasi kami atas bencana yang menimpa ini. Terima kasih,” ujar Sajat.

Sajat, bengkung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain