suria

Bekas Datuk Bandar KL Meninggal Dunia

Allahyarham Datuk Dr Mazlan Ahmad.

KUALA LUMPUR: Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Dr Mazlan Ahmad, 75, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Sabtu malam.

Allahyarham berusia 75 tahun yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Datuk  Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara itu.

“Allahyarham meninggal dunia di HUKM hari ini,” katanya.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk  Mohamedsha Mislam menerusi catatan di laman sosial Facebooknya, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.30 malam.

“Tan Sri Mazlan Ahmad exKPPA (bekas Ketua Pengarah, JPA) and Datuk Bandar KL passed away at 7.30 pm. HUKM. Alfatehah,” katanya.

Allahyarham, yang dilahirkan di Perlis, dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keeempat pada 17 November 1992 sehingga 12 Disember 1995 sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah JPA pada 13 Disember 1995 dan memegang jawatan itu sehingga bersara pada 15 Disember 1998. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain