suria

Usahawan Warga Amerika, Isteri Akui Seks Bertiga Dengan Model Belanda

PETALING JAYA: Ahli perniagaan warga Amerika dan isterinya warga Kazakhstan yang dilihat bersama Ivana Esther Robert Smit kali terakhir, mengakui telah mengadakan hubungan kelamin secara bertiga dengan model Belanda itu.

Alex Johnson, 44, dan isterinya, Luna, 31, mengakui bahawa mereka melakukan hubungan seks dengan Smit tiga minggu sebelum kematiannya dan pada hari dia ditemui mati 7 Disember lalu.   

Ivana ditemui maut selepas terjatuh dari balkoni sebuah apartmen di Jalan Dang Wangi.   

ARTIKEL BERKAITAN: Model Ditemui Mati Berbogel

Johnson juga mengakui dalam temu bual bersama British Daily Mail bahawa ketiga-tiga mereka telah minum alkohol dalam kuantiti yang banyak dan Ivana turut mengambil dadah.   

Pasangan itu bertemu Ivana di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu dan mereka berkenalan selepas dipertemukan oleh rakan mereka.   

"Dia meminta saya berdiri dan menari dengannya. Kami tidak bercium, tetapi kami melakukan gerakan ghairah.   

"Dia cantik, menarik, yakin dan saya sudah tergoda dengannya," kata Luna.   

Ketiga-tiga mereka juga mewujudkan kumpulan WhatsApp bersama, dan kumpulan itu mengandungi pesanan ghairah yang eksplisit.   

Mereka mengadakan hubungan kelamin itu di sebuah hotel bertaraf lima bintang pada November lalu.   

Pada hari Ivana ditemui mati, ketiga-tiga mereka berpesta sepanjang malam sebelum pulang pada waktu pagi. Pada pagi itu, Luna, anak perempuannya dan Ivana menikmati sarapan bersama.   

"Ivana mabuk. Saya terus bercakap dengannya sementara saya menyiapkan anak perempuan saya untuk ke sekolah. Ivana baring ketika saya membawanya ke sana," kata Luna yang keluar selama kira-kira 30 minit.  

Luna berkata, suaminya dan Ivana berada di atas katil mereka ketika wanita itu kembali, namun Johnson sedang tidur pada masa itu.   

Selepas itu, Luna dan Ivana melakukan hubungan intim sebelum Luna kembali ke bilik tidurnya untuk baring bersama suaminya pula.   

Sewaktu Luna keluar dari bilik kira-kira pukul 10 pagi, dia mendapati Ivana 'berkeliaran, bercakap seorang diri sendiri dan ketawa'.   

"Saya sangat letih selepas kami semua berpesta. Pada pukul 10.15 saya kembali ke bilik tidur dan pengsan sebaik kepala saya menyentuh bantal," kata Luna.   

Tambah wanita Kazakhstan itu, dia kemudian bangun pada pukul 1.25 tengah hari dan melihat pakaian, kasut, beg dan telefon Ivana berada di ruang tamu/dapur, namun menyangka bahawa model itu telah keluar untuk sesi penggambaran.   

Pasangan itu kemudiannya dikejutkan oleh polis pada pukul 5 petang.   

Mereka kekal mengaku tidak bersalah dalam kes tersebut dan mendakwa bahawa terdapat kesan tapak kaki di balkoni dan bahagian atas unit pendingin hawa.

Johnson berkata, dia menerima pelbagai ancaman bunuh sejak kes tersebut disiarkan dan mendakwa terdapat cubaan menculik anak perempuannya yang berumur lima tahun.

Ivana Esther Robert Smit

Artikel Berikut

Artikel Lain