KUALA LUMPUR: Pekarangan Istana Negara pagi Jumaat mula mendapat tumpuan pengamal media yang sedia berkampung menantikan ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini. Kehadiran media seawal pukul 6.45 pagi adalah berikutan desas-desus pembubaran parlimen pada Jumaat. Najib dikatakan bakal menghadap Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, pagi Jumaat bagi mendapat perkenan membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada proses PRU-14 dilakukan. Dalam masa masa, Istana Negara masih mendapat kunjungan pelancong yang datang mengabdikan gambar kenangan di luar Istana Negara. - Sinar Online