suria

PM dijangka umum bubar Parlimen secara langsung


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen pada kira-kira pukul 11.30 pagi Jumaat.

Najib dijangka membuat pengumuman itu di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, yang akan disiarkan secara langsung di saluran RTM1.

Pengumuman tersebut akan membuka ruang bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diadakan dalam masa 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

Difahamkan, Najib telah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan