suria

Enam beranak bergantung bekalan air hujan untuk keperluan harian

Muhamad bersama isteri dan anak-anaknya di hadapan rumah mereka. - Sinar Harian

KUALA KETIL: Selama 16 tahun terpaksa menggunakan air telaga dan hujan, sebuah keluarga di sini boleh menarik nafas lega selepas dibantu Bridged Bakti Malaysia (BBM) Cawangan Kedah untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Difahamkan, status tanah rizab sungai menjadi keluarga yang tinggal berhampiran tanah Perkuburan Islam Masjid Madinatul Ilmi itu tidak dapat menikmati bekalan air bersih dari Syarikat Air Darul Aman (Sada).

Muhamad Sidek, 45, berkata, selama ini dia, isteri bersama empat anak berusia dua hingga enam tahun selama ini terpaksa bergantung dengan bekalan air hujan.

“Masalah saya dah banyak kali diadukan kepada pihak berwajib tetapi jawapan saya terima 'nanti, nanti'. Ada la beras depa bagi, tapi apa yang saya nak air bersih.

“Selama guna air hujan kami ada guna air telaga, tapi air tu dah kering tujuh tahun lepas. Sejak tu kami guna air hujan. Isteri yang juga OKU dan anak kadang-kadang mandi guna air parit bila kemarau.” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, pada Selasa.

Muhamad berkata, kesan menggunakan bekalan kurang bersih menyebabkan isteri dan anak-anak kerap mengalami demam.Katanya, RM2 diperuntukkan sehari untuk membeli air tapisan bagi kegunaan mandi dan masak.

Muhamad Sidek yang hanya mengambil upah kampung bagaimanapun lega apabila masih ada pihak prihatin dengan nasib mereka.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada BBM sebab selesaikan masalah kami. Kalau tak, mungkin selamanya isteri dan anak-anak tak merasai air bersih,” katanya yang tinggal di rumah disediakan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

air hujan

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan