suria

Penerbangan tergendala gara-gara pesawat Malindo Air terlajak landasan

Pesawat Malindo Air tersasar dari landasan ketika ingin berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribuvan, Kathmandu. - The Kathmandu Post/Asia News Network

PETALING JAYA: Sebuah penerbangan Malindo Air terlajak landasan sebelum berlepas di lapangan terbang di Kathmandu, Nepal pada Khamis malam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, Malindo Air mengesahkan bahawa pesawat yang menuju ke Kuala Lumpur itu terlajak di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribuvan.

Syarikat penerbangan itu turut mengesahkan semua 132 penumpang dan kru pesawat OD181 berjaya diasingkan dengan selamat serta tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

"Bantuan kepada penumpang terjejas seperti makanan dan penginapan sudah diuruskan, begitu juga jadual penerbangan seterusnya.

"Syarikat kami amat menyesali sebarang ketidakselesaan yang berlaku terhadap penumpang yang terjejas akibat insiden ini," kata kenyataan tersebut.

Malindo Air turut menjalankan siasatan lanjut dengan segera bagi membetulkan situasi susulan kejadian tersebut.

Malindo Air

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain