IPOH: Aksi teruja berkongsi rakaman ghairah dengan wanita muda membawa padah kepada seorang lelaki bujang berusia 64 tahun. Ong Chong Lim, yang bekerja sebagai pembersih sambilan, kini diperas ugut dengan harga AS$ 5,000 (RM19,492) sebagai pertukaran untuk rakamannya supaya tidak disebarkan. Chong Lim berdepan dengan masalah sejak malam Khamis lalu apabila dia mula menghantar mesej kepada seorang gadis bernama Angelina untuk berkawan menerusi laman Facebook. "Saya menerima permintaannya menjadi rakan di Facebook dan dia meminta saya supaya menghantar mesej menerusi WeChat sekitar jam 11 malam. "Dia memberitahu saya dia kesepian dan mahu membuat panggilan video," katanya pada sidang media, Sabtu. Semasa panggilan video, Chong Lim berkata wajahnya sama seperti yang dilihat di gambar profil Facebook Angelina. Chong Lim memberitahu, wanita itu membuka pakaian dan membuat gaya ghairah tanpa berkata apa-apa. "Dia mula melakukan aksi berahi," jelasnya yang mengakui wanita itu mempunyak bentuk badan yang cantik. Menurut Chong Lim, dia suka apa yang dilihatnya itu dan tidak berfikir dua kali apabila disuruh melakukan aksi yang sama. Jelas Chong Lim, pada Jumaat wanita itu telah menghantar rakaman gambar dan video perlakuan malam sebelumnya. "Dia memberitahu saya supaya membayar AS$ 5,000, jika tidak, dia akan memuat naik semua gambar dan video saya ke Facebook dan YouTube. "Itu jumlah yang banyak. Saya memberitahunya hanya mampu membayar RM3,000. "Sejak itu saya mula bimbang dan sakit. Saya mempunyai ramai ahli keluarga di Facebook dan tidak mahu mereka melihat visual yang memalukan saya, "kata Chong Lim. Menurutnya, akaun Facebook Angelina telah dipadam selepas itu. Ketua Biro Pengaduan Awam DAP Perak, Steven Chaw, yang mengatur persidangan akhbar, menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai orang yang tidak dikenali di media sosial dengan mudah. "Saya juga mendesak mangsa yang menghadapi situasi yang sama untuk tidak melakukan pemerasan kerana permintaan itu tidak akan berakhir," katanya. Chaw menambah bahawa dia akan membantu Chong Lim untuk membuat laporan polis.