MIRI: Kawasan penduduk di rumah panjang, Rumah Lorres yang terletak di pedalaman Ulu Rajang, Sarawak musnah dalam kebakaran yang berlaku pada malam Sabtu. Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak (bomba) dalam laporannya berkata, sebanyak 39 tempat tinggal musnah dijilat api pada kejadian yang berlaku tengah malam, menyebabkan kira-kira 200 orang kehilangan tempat tinggal. "Tiada kematian dilaporkan," katanya pada Ahad. Bomba dari bandar terdekat Kapit mengambil masa kira-kira dua jam untuk sampai ke tempat dengan menggunakan bot. Bomba Sarawak berkata, mangsa berlindung di rumah panjang lain di kawasan itu sementara menunggu bantuan dari pihak berkuasa.