suria

Lagi calon tidak boleh bertanding kerana muflis

KEPALA BATAS: Calon Yaakob Osman (gambar) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak dibenarkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga di sini kerana terdapat rekod bahawa beliau diisytiharkan muflis.

Adik lelaki Ketua Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman itu kelihatan sangat penat dan kecewa atas isu yang berlaku pada minit terakhir yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan bertanding.

Menyangkal dakwaan bahawa beliau mengalami muflis, Yaakob, 53, yang dipanggil ke kaunter pendaftaran calon kira-kira 10 minit sebelum pengumuman calon seperti yang dijadualkan, berkata beliau akan meneliti isu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Bomoh 'ghaib' di Bagan Datuk

"Suruhanjaya Pilihan Raya mengatakan terdapat rekod yang yang saya muflis.

"Kami membuat semakan pada minggu lepas dan semalam.

"Tidak ada masalah dan saya tidak pernah dipanggil oleh sesiapa atau diisytiharkan muflis.

"Suruhanjaya pilihan raya telah memutuskan, tiada apa yang boleh dilakukan," katanya di luar pusat penamaan calon di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas di sini, Sabtu.

Pegawai pemilihan suruhanjaya pilihanraya, Hakmal Effendi Ishak mengumumkan hanya terdapat dua calon yang bertanding di kerusi DUN Penaga selepas lebih daripada sejam menunggu.

Sebelum ini, 'Raja Bomoh' atau Ibrahim Mat Zin yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Parlimen Bagan Datuk tidak hadir menyerahkan borang pencalonannya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga penyandang kerusi Parlimen itu, bomoh kontroversi berkenaan tidak dapat meneruskan hasratnya selepas disahkan muflis.

PRU14

Artikel Sebelum

Dua calon PPBM 'tak lepas'

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan