suria

Warga Denmark jadi individu pertama dihukum bawah Akta Antiberita Tidak Benar

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Denmark menjadi individu pertama yang dihukum di bawah Akta Antiberita Tidak Benar kerana memuat naik video tembakan anggota Hamas ke laman YouTube.

Salah Salem Saleh Sulaiman, 46, mengaku bersalah kerana menyiarkan berita palsu itu menerusi akaun YouTube Salah Sulaiman dan dihukum penjara selama seminggu serta denda RM10,000.

Mahkamah Siber turut memainkan semula video tersebut yang mana menunjukkan Salah mendakwa dia berada bersama mangsa Palestin ketika tembakan berlaku dan panggilan 'tidak terkira' terhadap pihak polis yang tiba di lokasi kejadian 50 minit kemudian, sementara ambulans pula tiba sejam kemudian.

Suspek didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 6.50 pagi dan 9 pagi di kondominium Puteri Idaman, Jalan Meranti, Setapah di sini pada 21 April.

Salah adalah individu pertama yang didakwa dan dihukum mengikut Seksyen 4 (1) Akta Antiberita Tidak Benar 2018, yang membawa hukuman sehingga enam tahun penjara dan denda sehingga RM500,000.

Tertuduh juga dikenakan caj tambahan di bawah Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana memuat naik komunikasi palsu dengan tujuan untuk mengganggu, menyalahgunakan atau mengancam orang lain.

Tuduhan kedua membawa hukuman lebih ringan sehingga penjara satu tahun dan denda maksimum RM50,000.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas pertuduhan pertama.

Artikel Lain