suria

Video ceramah tiada sambutan palsu - Syamsul Debat

Paparan skrin video yang didakwa ceramah Syamsul Debat tiada sambutan.

SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat pada Selasa menyelar perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menularkan video palsu ceramahnya tiada sambutan.

Katanya, penyebaran video tersebut hanya bertujuan menjatuhkan imej dan reputasinya.

“Saya terkejut sebab bila masa pula ceramah saya tiada orang,” katanya kepada media selepas Majlis Pecah Tanah  Surau Taman Sri Penaga di Sikamat, dekat sini Selasa.

Sementara itu, mengulas  lanjut perkara tersebut, pembantu peribadinya yang juga personaliti program motivasi dan keagamaan, Muhamad Khushairi A. Rashid berkata rakaman tersebut telah diolah dengan niat untuk memburukkan Syamsul.

"Pihak kami telah memeriksa rakaman tersebut dan ucapan Syamsul dalam rakaman itu sebenarnya dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO 2016," katanya di sini.

Malah katanya pihak mereka juga tidak pernah menganjurkan program ceramah seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan.

Video berdurasi 45 saat itu yang tular di media sosial  sejak semalam,  memaparkan suasana ceramah yang tidak mendapat sambutan dengan tempat duduk kosong dan berlatarbelakangkan suara Syamsul.

Bagaimanapun video itu tidak menunjukkan kelibat Syamsul. - Bernama

Syamsul Debat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain