suria

NGO Negaraku bantu penduduk bijak berbelanja

Tan Sri Zulhasnan Rafique bersama Abdul Halim (tengah) mendengar penjelasan mengenai program 'Beli&Jimat' oleh Dr Zamri (kiri) yang diadakan di Keramat Ahad lalu.

PETALING JAYA: Program NGO Negaraku ternyata memberi faedah buat penduduk sekitar Lembah Klang apabila ia membantu masyarakat bijak berbelanja, khususnya barang keperluan harian bagi mengurangkan kos sara hidup.

Program anjuran Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) sejak tiga bulan lalu bertemakan Beli & Jimat itu diadakan berlandaskan platform penggunaan digital itu kini semakin mendapat sambutan.

Pengasas KSP, Dr Mohd Zamri Noordin memberitahu, program ini merupakan inisiatif pertama yang disediakan khas untuk semua ahli NGO dengan keistimewaan tersendiri.

Program NGO Negaraku di Cheras.

“Pengenalan Mobile App NGO di bawah program ini hanya boleh diakses oleh pemegang kad NGO Negaraku untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik.

“Ia mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan NGO dan ahli-ahli termasuk aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital.

“Dalam kata lain, ia bukanlah medan menerima diskaun, malah ia juga sebagai tempat untuk menzahirkan kebajikan secara digital bagi membantu anggota masyarakat mengikut keperluan sebenar,” katanya.

Lebih menarik, program ini turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad yang mengakui program ini telah membantu mengurangkan perbelanjaan rakyat.

Terbaharu, hampir 1,000 orang telah mendaftar untuk menjadi ahli NGO Negaraku bersama KSP menerusi  program yang dianjurkan di Setiawangsa, Flat Sri Sabah dan Keramat sejak minggu lalu.


Salah seorang peserta yang mendaftar, Siti Fatimah Mokhtar mengakui barangan yang disediakan seperti Milo, beras, Nescafe antara barangan yang wajib ada di rumahnya.

"Sebelum ini setiap bulan saya memang berbelanja barangan seperti ini. Apa yang ditawarkan menerusi program ini membolehkan saya berjimat hampir RM100," ujarnya ketika ditemui pada program di AU3 Ahad lalu.

Dalam pada itu, KSP turut memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf dan warga tua, sekaligus bertepatan dengan visi dan misi kelab berlandaskan kebajikan.

Abdul Halim (dua kanan) menyerahkan beras secara percuma kepada pendaftar Mobile Apps Ngo.

Jelas Zamri lagi, program ini akan berterusan dan barangan yang disediakan ini akan bertambah dari masa ke semasa mengikut keperluan pengguna.

Sehingga kini, KSP telah mengumpul kira-kira 4,000 pengguna yang memuat naik Mobile App NGO meliputi semua lapisan masyarakat termasuk badan NGO di seluruh negara.

Pemegang kad NGO Negaraku bukan sahaja mendapat harga diskaun untuk pembelian, malah mereka turut menerima beras secara percuma.


KSP, Ngo Negaraku

Artikel Lain