suria

Projek rumah mampu milik buat semua di Johor

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Mohamed Khalid dan Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong pada majlis pelancaran rumah mampu milik di Bukit Mambai baru-baru ini.

PEGAWAI undang-undang, Zaihana Ahmad, pernah menyewa rumah dengan bayaran RM500 sebulan di Taman Daya sebelum menunggu kelulusan permohonannya untuk rumah mampu milik.

Wanita berusia 47 tahun itu kini bahagia bersama keluarganya dan menginap di rumah dengan tiga bilik tidur di Setia Tropika.

Katanya, dia tidak pernah berputus asa untuk memohon rumah mampu milik berkenaan.

Zaihana merupakan antara ribuan rakyat negara ini yang mendapat manfaat daripada pembangunan rumah mampu milik negeri Johor sejak 2013.

Manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) kali ini menggariskan hampir 230 perkara dan salah satu agenda utama kerajaan ialah untuk memastikan rakyat memiliki rumah.

Antara sasarannya ialah untuk membina sekurang-kurangnya 100,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mereka turut merancang untuk mengembangkan skim sewa beli untuk mereka yang berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan.

"Semua ini seiring dengan keperluan inisiatif Suara Hati Johor yang mana lebih 19,000 unit rumah mampu milik telah siap dan diserahkan sejak 2013.

"Saya yakin sasaran 100,000 rumah mampu milik akan menjadi kenyataan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat sebelum 2023," demikian kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kini, lebih 113,000 orang telah membuat permohonan dalam talian menerusi laman web Sekreteriat Perumahan Negeri (SUK Perumahan).

Tambah Mohamed Khaled, selain pemaju perumahan, syarikat berkaitan kerajaan juga terlibat dalam membina rumah mampu milik seperti Perbadanan Islam Johor dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ).

Orang ramai melihat pelan projek rumah mampu milik di Bandar Penawar, Pengerang.

Terdapat dua jenis rumah mampu milik iaitu perumahan komuniti Johor Jenis A dan Jenis B yang berharga RM40,000 dan RM80,000.

Kerajaan negeri turut berkolaborasi dengan kerajaan Persekutuan untuk membina sekurang-kurangnya 12,000 rumah bagi penjawat awam dengan harga antara RM200,000 hingga RM350,000.

"Ini adalah rumah bagi mereka yang layak untuk pinjaman perumahan kerajaan.

"Kami telah membina sekurang-kurangnya 3,000 unit dan dijangka siap dalam masa terdekat," ujarnya.

Bagi rumah kos rendah untuk golongan miskin, Mohamed Khaled berkata, tujuh projek telah siap dan lapan lagi projek dijangka berakhir pada Jun tahun hadapan.

Secara keseluruhan, terdapat 4,747 unit diperuntukan untuk golongan miskin.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri sentiasa peka dengan keperluan perumahan mengikut setiap segmen masyarakat.

"Kami sedar dengan keperluan untuk membina lebih banyak rumah kepada golongan M40 yang tidak layak untuk rumah RMMJ. Banyak permintaan rumah berharga RM300,000 hingga RM500,000 di Johor.

"Kami sedang berbincang dengan pemegang saham termasuk Hartanah Johor dan Persatuan Pemaju Perumahan (Redha) dalam memastikan pemaju dapat membina lebih banyak rumah seperti itu," katanya.

Kebanyakan permintaan untuk rumah awam adalah di sekitar Johor Bahru, Batu Pahat dan Kluang.

Sejak pasukan petugas untuk hal ehwal perumahan ditubuhkan pada 2014, kerajaan menerusi pelan komprehensif komited dalam memastikan golongan pertengahan dan bawahan tidak terpinggir.

"Kami juga ada hubungan yang baik dengan kerajaan Persekutuan dan agensi lain yang membolehkan kami menyusan dan merangka projek-peojek kami," ujar Mohamed Khaled lagi.



Setia Tropika, Khaled, Johor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Malaysia tak bankrap

Artikel Lain