suria

Kerani pengundian temui ajal selepas mengadu sakit perut

RAUB: Seorang kerani pengundian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia disebabkan punca yang tidak diketahui semasa menjalankan tugas di sini.

Rozaliza Mohd Said, 49, rebah di luar tandas di pusat pengundian di Balai Raya Kampung Baru Sempalit kira-kira pukul 2 petang Rabu.

Beberapa minit sebelum kejadian itu, dia telah mengadu sakit perut sebelum diiringi oleh anak perempuannya ke tandas.

Dia kemudiannya rebah di luar tandas dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Wan Zahari Wan Busu berkata, mangsa bekerja sebagai kerani di Sekolah Menengah Tengku Kudin di sini.

Beliau berkata, Rozaliza dan anaknya membantu SPR di pusat pengundian di sini.

Wan Zahari berkata, semakan mendapati mangsa ditugaskan untuk menjadi kerani pengundian di saluran ketiga pusat undi tersebut.

Katanya, anak mangsa berusia 23 tahun berada bersama Rozaliza ketika wanita itu rebah.

Sebuah ambulans dihubungi susulan insiden itu dan Rozaliza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kata anak perempuan mangsa, ibunya tidak mengalami apa-apa penyakit.

"Kami telah menghantar mayat mangsa ke Hospital Raub untuk bedah siasat," kata Wan Zahari.

PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Lain