suria

Misi mustahil hantar kertas undi balik Malaysia

PETALING JAYA: Ketika Kristina Mariswamy menerima kertas undinya di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS); dia telah berputus asa untuk melihat undiannya tiba di Malaysia pada waktunya.

Houston ialah 13 jam di belakang Malaysia dan dia menerima kertas undian itu pada pukul 1 petang waktu AS, Isnin, iaitu bersamaan pukul 2 pagi Selasa di Malaysia.

Ia nampak seperti misi yang mustahil untuk menghantar kertas undi tersebut kepada pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktunya (pukul 5 petang), Rabu.

Bagaimanapun, Kristina, 31, menerima pesanan daripada seorang rakyat Malaysia yang tidak dikenalinya pada pukul 5 petang waktu AS, bertanya sama ada dia masih mencuba untuk menghantar kertas undi itu ke Malaysia.

Dia dimasukkan ke kumpulan sembang bagi mereka yang mencari alternatif untuk memastikan misi tersebut berjaya.

"Mereka mencadangkan agar kami datang sahaja ke lapangan terbang bagi penerbangan pukul 1 pagi ke Kuala Lumpur melalui Taipei dan cuba nasib di sini.

"Jadi, kami datang dan memegang papan tanda.

"Sebaik masa untuk daftar masuk tamat, seorang daripada juruterbang yang merupakan rakyat Malaysia rupa-rupanya dalam perjalanan pulang untuk mengundi!," katanya melalui Facebook.

Semuanya ada empat orang berada di lapangan terbang yang mencuba nasib untuk mengirimkan undi mereka yang sepatutnya tiba di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
 
Kata Kristina, mereka semua telah mengegam undi tersebut di hadapan juruterbang berkenaan yang sanggup membawa pulang undi itu bersamanya.

PRU14

Artikel Lain