suria

Lagi peti undi silap label

SERI KEMBANGAN: Pengundi di Balai Mesyuarat Taman Bukit Serdang, Seksyen 5 dekat sini meletakkan kertas undi mereka pada peti undi yang salah sejak pintu pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi Rabu.

Kertas undi - warna oren untuk Parlimen dan kuning untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diletakkan di dalam peti undi dengan label tidak sepadan dengan kertas undi.

Seorang ejen terus memeriksa kesemua 10 saluran di tempat mengundi terbabit dan mendapati dua dengan label tidak sepadan dengan kertas undi.

Label yang dilekatkan di hadapan peti undi, jauh dari pandangan pengundi ketika mereka mahu memasukkan kertas undi.

Satu saluran turut menyaksikan label diletakkan di atas peti undi.

Selepas menyedari kesilapan itu, ejen di dua saluran mengundi itu memaklumkan pegawai pengundian mengenai perkara tersebut.

Pusat pengundian itu mempunyai kira-kira 6,800 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka di 10 saluran mengundi.

Terdahulu, selebriti kontroversi, Azwan Ali yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa menentang abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyedari kesilapan sama di SK Klang Gate dekat Setapak.

Azwan yang bertanding menggunakan nama 'Diva AA' memaklumkan kerta undi berwarna kuning diletakkan di dalam peti undi dengan label Parlimen manakala kertas undi berwarna oren pada peti undi berlabel Negeri.

PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan