PETALING JAYA: Pengarah Penjara,Pusat Pemulihan Akhlak (PPA), Muar, Mohd Shukri Harun terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Chini pada Selasa. Bagaimana pun Shukri dan isterinya, Norhayati Talib dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Shukri dan isterinya pulang ke kampung bagi membuang undi sempena Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang bermula 8 pagi Rabu. Kenderaan yang dinaiki, pacuan empat roda kelihatan remuk di bahagian atas serta dua tayar tercabut. Punca kemalangan masih disiasat.