suria

Pakatan Harapan mansuh GST

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional pada April 2015.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka akan menggantikan sistem tersebut dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sebelum ini.

"Ia bukan keputusan yang kebelakang tetapi kita akan membatalkannya. Kita tidak memerlukannya. Kita akan kembali menggunakan sistem SST," katanya pada sidang media khas PH sebentar tadi.

Pemansuhan GST antara 10 perkara dalam manifesto gabungan parti politik yang bertanding menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kadar GST yang ditetapkan ketika ini adalah sebanyak enam peratus berbanding SST 16 peratus.

GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, cili, rempah ratus, ikan masin, perkasam, cencalok, budu dan belacan.

GST, SST, Pakatan Harapan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Agong putuskan PM ke-7

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan