suria

BN adakan sidang media 11 pagi Khamis

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan sidang media pada pukul 11 pagi Khamis (10 Mei).

Pegawai media Umno, Mohd Nasri Zakariah mengumumkan perkara itu kepada pemberita yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira pukul 1.30 pagi.

"Sidang media akan diadakan pada pukul 11 pagi di Dewan Tun Hussein Onn," kata Mohd Nasri.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan siapa yang akan mengadakan sidang media meskipun berulang kali ditanya pengamal media.

Terdahulu pada Rabu, ramai yang menanti ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan pengerusi BN.

Para pemberita mula berkumpul di PWTC seawal pukul 5.30 petang Rabu.

Najib dijangka mengadakan sidang media berhubung keputusan PRU14.

Bagaimanapun, beliau tidak kelihatan di PWTC.

BN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain