GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow bakal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu. Kon Yeow berkata satu mesyuarat akan diadakan pada Ahad (13 Mei) untuk mengesahkan pelantikannya. "Setakat ini disahkan, tetapi parti masih belum membuat pengumuman rasmi," kata Kon Yeow. Kon Yeow akan mengambil alih jawatan itu daripada Lim Guan Eng, yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan pada Sabtu. Jemputan untuk upacara angkat sumpah Ketua Menteri yang baharu di kediaman Yang di-Pertua Negeri di Sri Mutiara pada Isnin (14 Mei) telah dihantar. Kon Yeow memenangi kerusi Parlimen Tanjung dan DUN Padang Kota pada PRU14.