suria

SPRM dikawal ketat!

PUTRAJAYA: Kawalan keselamatan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Presint 7, di sini diperketatkan pada Isnin.

Tinjauan media di bangunan itu pagi Isnin mendapati setiap kenderaan yang keluar masuk ke bangunan itu diperiksa secara rapi oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

ARTIKEL BERKAITAN: KP SPRM letak jawatan

Anggota Rela turut memeriksa bahagian but setiap kenderaan sebelum dibenarkan keluar dari bangunan itu.

Menurut sumber, prosedur tersebut dijalankan atas arahan pengurusan atasan SPRM bagi memastikan tiada dokumen rahsia dibawa keluar tanpa kebenaran yang sah. - Bernama

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan