suria

Mesyuarat majlis presiden dijangka bincang peranan Anwar

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) tiba di Yayasan Selangor dekat sini untuk menghadiri mesyuarat majlis presiden.

Mesyuarat itu dijangka membincangkan peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan.

Pada pukul 10.30 pagi Khamis, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tiba untuk menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi itu.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu tiba pada pukul 10.36 pagi.

Isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula tiba kira-kira pukul 10.50 pagi.

Sidang media dijangka bermula pukul 1 petang.

Ia ada mesyuarat rasmi pertama membabitkan semua pemimpin PH sejak Anwar dibebaskan semalam.

Anwar dibebaskan kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Ketua Umum PKR itu yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun ini.

Artikel Sebelum

Abu Kassim enggan komen!

Artikel Berikut

Artikel Lain