suria

Peniaga bazar Ramadan perlu ambil suntikan antitifoid

KANGAR: Jabatan Kesihatan Perlis mengingatkan supaya semua peniaga dan pengendali makanan di bazar Ramadan mendapatkan suntikan antitifoid.

Pengarahnya Dr Zaini Hussin berkata pihaknya mendapati ramai dalam kalangan pengendali makanan di negeri ini tidak mengambil suntikan vaksin itu.

“Kita akan keluarkan notis kepada mana-mana pengendali makanan yang didapati gagal mendapatkan suntikan berkenaan," katanya kepada pemberita pada Promosi Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan Bersama Komuniti dekat sini Jumaat.

Katanya, kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara maksimum dua tahun mengikut Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Sempena promosi itu Jabatan Kesihatan turut mengadakan lawatan ke gerai-gerai di bazar itu sambil mengagihkan tuala tangan kepada para peniaga. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan