suria

Gudang Azeez bernilai ratusan ribu ringgit

Gudang yang dikatakan milik Azeez di tepi jalan Kupang Baling.

BALING: Gudang barangan milik Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di tepi jalan raya Baling-Kupang dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit.

Difahamkan, setiap barangan yang akan diagihkan kepada penduduk, disimpan di situ.

Menurut bekas pekerja terdekat Azeez, gudang itu dijadikan tempat simpanan pelbagai barang.

“Gudang tu dia habis beratus ribu ringgit, tapi saya tak pasti gudang tu disewa atau bagaimana,” katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Menurutnya, gudang itu juga digunakan bagi mengadakan mesyuarat.

“Apa-apa mesyuarat semua buat di situ, nak guna Dewan Kenangan Tun Abdul Razak Baling milik kerajaan negeri,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, Azeez juga mempunyai perancangan meletakkan pekerjanya di gudang tersebut.

“Budak-budak di Baling yang tiada kerja ditawarkan bekerja dengannya.

“Bukan dia nak ambil bekerja sangat, tapi dia lebih kepada nak tolong,” katanya.

Sementara itu, penduduk memaklumkan gudang di tepi jalan raya itu digunakan kira-kira tiga tahun lalu.

“Gudang tu baru lagi, sebelum ni gudang dia di Kampung Charok Bemban. Gudang sekarang lagi besar dari dulu,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di gudang itu mendapati terdapat beberapa pekerja kontrak sedang membaik pulih premis itu.

Dua bas, dua kereta ambulans dan sebuah kereta jenazah turut berada di situ.-SinarHarian




Azeez, Baling

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain