suria

Mufti cadang pilihan raya semula di Perlis

KUDAT: Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin beranggapan pilihan raya semula perlu diadakan di Perlis sekali gus berupaya memuaskan hati semua pihak khususnya dalam soal pemilihan Menteri Besar.

Memetik laporan Utusan Online, Dr Mohd Asri berkata, dengan cara tersebut, dapatlah rakyat memilih wajah-wajah baharu yang daripada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya nanti.

“Mana-mana jaguh yang ada kualiti tapi telah terkalah di tempat lain, mungkin boleh datang bertanding di Perlis.

“Ada 15 kerusi untuk direbut. Maka, Perlis boleh dapat calon-calon terbaik. Di samping, isu-isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan yang sewaktu dengannya, mungkin boleh menjadi panduan rakyat Perlis untuk membuat penilaian semula,” katanya.

Semalam BN Perlis memecat Datuk Seri Azlan Man sejurus selepas Adun Bintong itu dilantik sebagai Menteri Besar.

Terdahulu, sembilan Adun BN tidak menghadirkan diri ke majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Menandatangani Watikah Menteri Besar di Istana Arau, Perlis sehingga mengundang kemurkaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Tindakan boikot tersebut berlaku dipercayai kerana Tuanku Syed Sirajuddin tidak melantik ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim ekoran risau Menteri Besar yang dicadangkan akan menjadi boneka dan dikawal oleh kuasa luar.

Dr Asri, MB Perlis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain