PETALING JAYA: Komen melampau seorang pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Azrul kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ditegur pendakwah muda, Wan Dazrin Wan Din. Beliau yang lebih dikenali sebagai Da’i Wan memuat naik paparan skrin rakaman FB Live yang dikendalikan Faizal Ismail dan Fara Fauzana pada 22 Mei lalu, di mana Nurul Izzah menjadi tetamu program ketika itu. Menurut keterangan status itu, walaupun syaitan diikat pada bulan Ramadan, Da’i Wan menyifatkan masih terdapat manusia yang didorong untuk melakukan sesuatu yang tidak wajar di bulan yang mulia ini. Da'i Wan. “Dunia hari ini macam-macam jenis manusia ada, dalam bulan Ramadan pula tu, benarlah syaitan yang tahap ‘gabenor’, mereka merata-rata. “Kalau kita tak jaga iman kita, puasa kita takkan mampu jadi ‘perisai’,” kata Da’i Wan tanpa merujuk kepada Azrul secara khusus di akaun Instagram miliknya pada Jumaat. Bagaimanapun, mengenai Azrul yang masih tidak dikenal pasti identitinya sehingga kini, Da’i Wan berkata, lelaki tersebut telah melakukan kesilapan dalam menegur seseorang. “Azrul dikategorikan telah salah laku dalam bab teguran. Ia bukan lagi teguran, bukan juga nasihat, bukan juga cegah kemungkaran tapi ia bukaan aib yang memang disengajakan. Dunia hari ini macam-macam jenis manusia ada, dalam bulan Ramadhan pula tu, benarlah syaitan yg level ‘Gabenor’, mereka merata-rata. Kalau kita tak jaga iman kita, puasa kita takkan mampu jadi ‘Perisai’. A post shared by Da'i Wan (Official) (@wandazrin) on May 25, 2018 at 8:18am PDT “Imam Syafie beritahu 'Orang yang menasihati tanpa menjaga rahsianya (aib yang tidak diketahui) ialah orang yang nak khianati seseorang,” tambah Da'i Wan yang memetik kata-kata seorang tokoh ulama. ARTIKEL BERKAITAN: Faktor teknikal punca Faizal Ismail gagal sekat soalan 'panas' buat Nurul Izzah ARTIKEL BERKAITAN: Tegur nampak buah dada: Bos anggap imaginasi Azrul sangat liar Azrul membuat panggilan menerusi program itu dan menegur Nurul Izzah mengenai pemakainan tudungnya. Faizal cuba memendekkan perbualan, namun dalam pada sama lelaki tersebut terus memberitahu ada kalanya pemakaian Nurul Izzah menampakkan baju dalam dan buah dada. (Dari kiri) Faizal, Nurul Izzah dan Fara Fauzana. Namun Nurul Izzah tidak cepat melatah, sebaliknya kelihatan tenang dan mengangguk-angguk tanda memahami teguran Azrul. Minggu lalu, Da’i Wan menegur personaliti media sosial, Faiz Roslan bersama dua rakannya yang bertindak memuat naik video parodi dengan tarian yang mengghairahkan dan berpakaian seksi menyerupai perempuan, pada hari pertama Ramadan. Bagaimanapun, Faiz tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan telah memadamkan video berkenaan.