suria

Gempa 3.8 magnitud landa Lahad Datu

KOTA KINABALU: Gegaran berukuran 3.8 magnitud direkodkan di Lahad Datu pada Ahad.

Gempa bumi lemah yang berlaku pada pukul 3.53 petang itu  turut dirasai di daerah Kinabatangan, Sandakan, Kunak, Semporna dan Tawau.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa tersebut tidak mengeluarkan sebarang ancaman tsunami.

Gempa dengan kedalaman 10 meter itu berlangsung selama beberapa saat.

Pihak berkuasa seperti polis dan bomba tidak menerima sebarang panggilan kecemasan atau laporan kemusnahan berkaitan dengan kejadian itu.

gempa, Lahad Datu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain