suria

Hentikan perang mulut!

PETALING JAYA: Perang mulut antara Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong perlu dihentikan serta merta, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Tidak perlu menuding jari antara pemimpin. Kedua-dua tokoh berkenaan hendaklah bersatu fikiran untuk menggembleng tenaga dalam barisan pembangkang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ahmad Zahid berkata kedua-dua parti komponen dalam BN itu masih memerlukan jalinan dalam wadah yang sama.

"Kedua-duanya hanya melontarkan pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi Umno atau MCA," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, kekalahan di banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pemimpin Umno dan MCA harus diterima.

"Ia suatu realiti yang harus diterima sebagai hakikat politik kebencian yang ditanam oleh pihak pesaing dikalangan rakyat," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain