suria

Akhirnya Tajuddin umum tanding Naib Presiden Umno

Tajuddin Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu 30 Jun ini.

Beliau bakal bersaing dengan tiga lagi calon setakat ini iaitu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tajuddin berkata, jika terpilih beliau akan turun padang untuk membangkitkan semula semangat Umno dan berikrar untuk tidak menjadi pengampu selain mempunyai prinsip, lantang dan akan berterus terang mewakili Umno.

"Atas kesedaran dan keinsafan ini, saya mohon restu daripada Allah SWT untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

"Saya berjanji saya akan bekerja habis-habisan untuk perjuangan Umno," katanya dalam Sidang Media Khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Ahad.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, beliau tidak akan jadi 'yes man', pengampu.

"Saya punya prinsip akan lantang berterus terang bagi mewaliki Umno," katanya. - Sinar Harian

Artikel Sebelum

Artikel Lain