suria

Batal temubual Siti Kasim, Bernama diminta beri penjelasan

PETALING JAYA: Agensi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) diminta memberi penjelasan berhubung pembatalan temubual bersama peguam dan aktivis kontroversi, Siti Kasim.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, Bernama perlu mengeluarkan kenyataan segera berhubung perkara itu.

"Bernama perlu mengeluarkan satu kenyataan segera memberikan penjelasan berkenaan perkara ini dengan alasan kenapa temubual itu dibatalkan," kata Gobind menerusi akaun Twitternya, lewat petang Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Temubual Siti Kasim tak dibatalkan, jawab Bernama

Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim sepatutnya menghadiri program temubual di Bernama pada Isnin.

Bagaimanapun, temubual yang bertajuk ‘Malaysia Baharu: Cabaran-cabaran dan Pembaharuan semula’ itu dilaporkan dibatalkan pada saat-saat akhir.

Pembatalan itu menyebabkan Siti Kasim mempertikaikan tindakan tersebut sambil menyifatkan istilah ‘Malaysia Baharu’ yang diraikan pelbagai pihak di negara ini masih belum berubah.

Menerusi status yang dimuat naik Siti Kasim di akaun Facebooknya pada Isnin, beliau turut mempersoalkan sama ada Barisan Nasional (BN) masih mengawal agensi berita kerajaan itu.

Siti Kasim, Gobind Singh Deo, Bernama

Artikel Sebelum

Hadi jumpa Tun M

Artikel Berikut

Artikel Lain