suria

Kawan baik Jho Low nasihat untuk pulang bantu siasatan

GEORGE TOWN: Seorang rakan kepada ahli perniagaan paling dikehendaki Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low berharap agar dia kembali ke negara ini untuk membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Anggota Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee (gambar) berkata, sukar bagi Low untuk melepaskan diri daripada pihak berkuasa kerana 1MDB adalah kes berprofil tinggi, bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa.

"Interpol telah dimaklumkan mengenai kes itu. Jika Low diletakkan di bawah senarai "no-fly", lebih sukar baginya untuk melarikan diri dari siasatan.

"Oleh itu, lebih baik jika dia dapat kembali membantu siasatan dan melihat hasilnya," kata peguam itu selepas menyerahkan hamper kepada penduduk flat di Rifle Range pada Sabtu (9 Jun).

Ong berkata, Low adalah rakan zaman kanak-kanaknya dan mereka membesar bersama-sama, tetapi dia tidak berjumpa dengan Low sejak 2013.

"Sebagai kawan dan peguam, saya akan menasihati dia untuk kembali.

"Saya juga akan menasihati beliau untuk mendapatkan peguam terbaik. Sama seperti bagaimana Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberitahu Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya.

Ong juga menggesa orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan sendiri dan tidak mensabitkan Jho Low dengan kesalahan sebelum pendakwaan dibuat.

Jho Low

Artikel Sebelum

Artikel Lain