suria

Tangguh janji sebab beban hutang - Anwar

KUALA LUMPUR: Rakyat diharap dapat memahami keadaan ekonomi negara dibebani dengan hutang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan baharu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha sepenuhnya mengembalikan negara kepada landasan.

“Jadi kita harus terima kenyataan seperti Tun Mahathir memberitahu beberapa projek (menifesto) yang kita janji terpaksa ditangguhkan,” katanya.

Menurutnya, Pakatan Harapan (Harapan) membuat janji berdasarkan angka yang diberikan BN.

“Sekarang kita sudah menjadi kerajaan dan mendapati angka itu lebih buruk dari apa yang disebut.“Sebab itulah unjuran kita kurang tepat,” katanya.

Beliau berkata, Harapan bersyukur dipilih menjadi kerajaan bagi menangani masalah hutang.

“Kita lihat kos projek adalah tinggi, sekiranya rundingan berjaya dibuat dengan pihak-pihak, sudah tentu kita mampu menyelamatkan berbilion ringgit,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjasama yang diberikan terhadap Mahathir yang didakwa memenjarakannya, Anwar berkata, beliau seorang yang mudan memaafkan.

“Saya seorang yang mudah untuk memaafkan.

“Ini adalah masa untuk bekerja bersama- sama,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak mengalami sebarang masalah melainkan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya.

“Mereka sangat beremosi apabila kami banyak mengadakan rundingan secara serius, namun ianya sudah dijelaskan” katanya.

Ditanya adakah beliau akan kembali ke Parlimen lebih awal, Anwar berkata, perkara itu tidak akan berlaku.

“Jangan risau, tiada apa-apa perkara yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini,” katanya.-Sinar Harian

Anwar Ibrahim, PKR, hutang

Artikel Lain