PETALING JAYA: Buat pertama kalinya, identiti Tan Kim Loong, 40, dalang utama dalam skandal 1MDB didedahkan. Dalam satu kenyataan pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan fotofit Tan atau juga dikenali sebagai Eric Tan bersama tiga yang lain sebagai individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan 1MDB. Tiga yang lain adalah Tang Keng Chee (Casey Tang), 53, Geh Choh Heng, 47 dan Loo Ai Swan (Jasmine Loo), 45. Tan dikenali sebagai 'lelaki misteri' dan dianggap menyamar dengan menggunakan nama lain. Dia dikenalpasti sebagai individu yang menandatangani pelbagai akaun bank di Singapura. Akaun tersebut adalah R.B. Coutts dan Bank Falcon. Tan menjadi individu paling dikehendaki bersama dengan Jho Low sejak Oktober 2016. Tan, Geh dan Loo merupakan bekas pekerja 1MDB. Tan adalah eksekutif pelaburan dan perintis dalam 1MDB. Geh dan Loo juga bekerja di firma tersebut. Tang dan Loo turut berada dalam senarai individu dikehendaki selama beberapa tahun, tetapi ini adalah kali pertama nama Geh muncul.