suria

BN tidak tamatkan kontrak penjawat awam jika menang PRU14 - Najib

Najib Tun Razak. Foto Bernama

PEKAN: Tiada kontrak penjawat awam akan ditamatkan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Malangnya, kita tidak menang. Mereka yang mengundi Pakatan Harapan mungkin membuat keputusan selepas dipengaruhi oleh kempen kebencian.

"Mereka tidak melihat perkara yang baik Barisan telah lakukan, kini mereka hanya menyesal," kata Najib sebelum berbuka dengan penduduk di Masjid Kampung Padang Polo di sini, Selasa.

Najib merujuk kepada 17,000 pegawai kerajaan lantikan politik di mana kontraknya ditamatkan oleh Kerajaan Pakatan.

Najib memberitahu, baru-baru ini beliau terbaca tulisan seorang bekas guru Kelas Agama Fardhu Ain (Kafa) yang menyesal mengundi Pakatan.

"Dia tidak pernah memikirkan kedudukannya yang selalu dipertahankan oleh kerajaan Barisan. Hanya beberapa hari selepas Pakatan mula berkuasa, kontraknya ditamatkan.

"Apabila dia melihat wajah dua anaknya, dia hanya menangis," kata Najib.

Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain