LANGKAWI: Laman sosial kecoh dengan berita mengenai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa berada di sini. Pengguna media sosial mendakwa pasangan itu tiba di Lapangan Terbang Langkawi bersama 30 bagasi pada Sabtu. Menurut sumber yang memetik seorang pemimpin Umno mengesahkan bahawa pasangan tersebut dan anak mereka berada di Langkawi, sambil menambah bahawa mereka tiba pada pukul 7.10 malam. Difahamkan bahawa lima pemimpin Umno bertemu bekas perdana menteri tersebut di sebuah hotel.