suria

Tujuh calon hantar borang bertanding jawatan presiden Umno

KUALA LUMPUR: Tujuh  borang pencalonan diterima bagi pemilihan jawatan Presiden Umno selepas waktu serahan borang tamat pada 5 petang ini.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia jumlah tertinggi dalam sejarah parti  bagi pemilihan jawatan nombor satu itu.

Menurutnya, senarai akhir calon-calon yang layak bertanding bagi semua  jawatan yang dipertandingkan  dalam pemilihan parti 30 Jun ini akan  diumumkan esok oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.    

ARTIKEL BERKAITAN: KJ sah rebut jawatan no. 1 demi survival Umno

Beliau berkata kelayakan mereka yang menawarkan  diri akan disemak terlebih dahulu termasuk disaring Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Pemilihan dahulu tidak mencerminkan bahawa Umno terbuka kerana ada kuota-kuota yang ditetapkan untuk bertanding, tetapi kali ini Umno terbuka,” katanya dalam sidang media selepas tamat waktu menghantar  borang pencalonan di Menara Dato' Onn di sini pada Ahad. - Bernama

Presiden Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain