KLANG: Teka-teki mengenai calon Menteri Besar Selangor akhirnya terjawab pagi Selasa. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua, Amirudin Shari mengangkat sumpah sebagai MB Selangor yang ke-16 pada pagi Selasa. Amirudin mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah. Beliau mengambil alih jawatan yang ditinggalkan Datuk Seri Azmin Ali yang mengisi portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Amiruddin yang juga merupakan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan tiba di pekarangan Balairung Seri Istana Alam Shah sekitar pukul 8.20 pagi bersama isterinya, Masdiana Muhamad. Sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul mengenai calon bagi jawatan itu selepas Azmin menerima pelantikan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Profil: Nama : Amirudin Shari Umur : 38 Tahun Tarikh Lahir: 8 Februari 1980 Jawatan pernah disandang : - Adun Sungai Tua (2008-2013, 2013-2018, 2018 hingga kini) - Exco Pembangunan Belia, Sukan, Kebudayaan dan Keusahawanan (2014 hingga kini) - Ahli Jawatankuasa Pusat PKR - Bekas Pengurus Persatuan Bola Sepak Selangor - Penyelaras program di Institut Kajian Dasar Pendidikan: -Sekolah Menengah Benut, Pontian - Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Universiti Putra Malaysia. - Memperolehi latihan khas berhubung persiapan pilihan raya di bawah Konrad Adenauer Stiftung yang dianjurkan di Berlin dan Munich. Latar belakang politik: - Aktif dalam sayap AMK sejak 2014 dan dipilih sebagai Naib Ketua Bahagian - Pada Januari 2014, Amirudin mengumumkan pencalonannya sebagai Ketua Pemuda AMK - Mula bertanding sebagai Adun pada tahun 2008 Kerusi pernah ditandingi: - PRU12 - N16 Batu Caves - PRU13 - N16 Batu Caves - PRU14 - N16 Sungai Tua