suria

'Semua salah laku kerajaan terdahulu perlu didedahkan'

PETALING JAYA: Tidak salah untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendedahkan salah laku kerajaan terdahulu, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

"Terdapat keperluan untuk membina 'Malaysia Baharu' dan perlu merungkai semua kesalahan pada masa lalu.

"Sebagai perkara asas, saya fikir kita perlu mendedahkan semua kesalahan, skandal dan amalan rasuah pada masa lalu," katanya pada sidang media Rabu.

Kit Siang berkata menteri-menteri yang meyedari kesalahan masa lalu perlu mendedahkannya bagi mengelak dipersoal mengenai kegagalan berbuat demikian di kemudian hari.

"Jika mereka tidak dedahkan salah laku pada masa lalu, mereka akan diserang pembangkang dan dipersalahkan seolah-olah mereka bertanggungjawab mengenai perkara itu," katanya.

Kit Siang turut berkata beliau telah mendedahkan amalan rasuah dan salah laku selama 32 tahun dan menyebut pendedahan oleh Menteri Pendidikan dan Menteri Kesihatan baru-baru ini sebagai contoh salah laku yang mendapat perhatian masyarakat.

Tambahnya, pendedahan itu juga akan membantu rakyat Malaysia tidak berkompromi dengan rasuah.

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan anaknya yang juga Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai skandal 1MDB.

Kit Siang menegaskan jawapannya terhadap soalan itu adalah secara umum dan tidak tertumpu kepada pendedahan 1MDB oleh menteri kewangan.

salah laku, BN, Lim Kit Siang

Artikel Sebelum

Artikel Lain