PETALING JAYA: Tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memuat naik video isterinya, Datin Seri Nur Shahida sedang melahirkan anak keempat mereka di laman Instagram (IG) mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang memuji tindakan Aliff Syukri itu. Bekas penyampai radio popular, Faizal Ismail berkata dia tidak bersetuju dengan tindakan memuat naik video tersebut. Jelas Faizal, proses tersebut bukan untuk tontonan umum. "Maaf, saya tak sokong upload saat-saat video isteri tengah bersalin walau dalam apa keadaan sekali pun. "Ia adalah saat sangat peribadi apatah lagi si isteri tengah besabung nyawa. Lebih baik berdoa dan baca apa yang patut," katanya menerusi IG. Meskipun tidak menamakan sesiapa dalam catatan itu, netizen menganggap ia ditujukan kepada Aliff Syukri. Faizal berkata alasan berkongsi video tersebut untuk memberi pengajaran kepada orang lain adalah sekadar mahu 'halalkan perbuatan'. "Ramai yang tak tengok video pun masih menghormati ibu dan isteri. "Harap tak de lagi yang buat. Mungkin perlu padangan dari pakar agama dalam hal ini," katanya. pengorbanan wanita sungguh hebat..setuju tak????? . . ketika ini sy berada bersama dia dan sy rasa pengorbanan melahirkan amat bemakna dan sukar utk diungkapkan ketika moment ini berlaku.. semoga anak ini @yusoffalqardawi menjadi anak yg soleh dan pengikat ikatan kita supaya lebih menyayangi antra satu sama lain..walapun berbagai dugaan hampir 12tahun kita hidup bersama.. and ill always with u.. i love u syg @shahidadherbs forever . . kalau nak tngok sambungan kehidupan sy dan family boleh subscribe youtube saya tvterlajaklaris kalau nak tngok episode kehidupan anak baru lahir sy ini A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Jun 25, 2018 at 8:58pm PDT Ruangan komen status di IG Faizal turut dihujani komen netizen yang turut menyokong kenyataannya mengenai perkara itu. Salah seorang pengguna IG @zra_zeera_ berkata:"Saya setuju dengan pendapat abang @faizalfbi76. Saya sebagai seorang perempuan yang pernah melahirkan anak pun malu tengok video tu." @atqazmn_ berkata:"Saat paling bersejarah dan juga saat isteri bertarung nyawa.. antara menerima 1 nyawa atau kehilangan 1 nyawa. Seharusnya si suami genggam erat tangan si isteri, hembuskan doa di ubun rambut dan ampunkan dosanya.Excited, semua excited. Berpadalah adanya. @zatuliffa berkata:"Saya sebagai ibu dan isteri sangat menyokong... sangat personal dan tak perlu nak post pada semua orang... cukup la simpan diri sndri. Saya sangat marah bila benda macam ni perlu dishare. Bila dihujung zaman manusia sudah tiada perasaan malu, inilah jadinya." Yusoff Al Qardawi, nama anak keempat Aliff Syukri. Sementara itu, ada juga dalam kalangan netizen yang memuji tindakan Aliff Syukri memuat naik video tersebut. Seorang pengguna IG @ayusofiiszuan berpendapat Aliff Syukri mempunyai hak untuk berkongsi video itu dengan pengikutnya. "Pada saya tak ada pun DSAS mengaibkan sesiapa even keluarga dia mahupun DSS. Mcm caption yang DSAS tulis pada video tu pun adalh berbunyi untuk menyedarkan masyarakat tentang pengorbanan seorang isteri dan ibu melahirkan anak. "Biar anak-anak muda buka mata dan lihat betapa peritnya situasi ketika nak melahirkan. Pada saya hak masing-masing untuk berkongsi moment ini pada umum. "Saya tak lihat pun sebagai sesuatu yang memalukan bahkan keaadan DSS yg memakai tudung semasa dlm labour room tu sgt bagus utk dicontohi. Jangan tahu menilai buruk orang sahaja," katanya. Aliff Syukri berkongsi detik kelahiran anaknya yang diberi nama Yusoff Al Qardawi di Instagram pada Selasa. Bayi lelaki seberat 3.15 kilogram itu selamat dilahirkan pada Isnin di sebuah hospital swasta.