suria

"Saya tak boleh puaskan hati orang, saya mohon maaf"

PETALING JAYA: Selepas dikecam netizen, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf di atas perbuatannya memuat naik video isterinya sedang melahirkan anak untuk tontonan umum di media sosial.

"Saya tak boleh puaskan hati orang dan saya mohon maaf jika ada yang tak suka apa-apa yang saya post sebelum ini," katanya menerusi perkongsian di laman Instagram pada Rabu.

Jelas Aliff Syukri, beliau berkongsi video tersebut tersebut untuk menyedarkan golongan suami agar lebih menghargai isteri yang melahirkan zuriat mereka.

"Harap mana yang suka ambil secara positif. Kalau yang suka fikir negatif ni better tak payah tengok video saya sebab semua kisah saya, saya buat video log di YouTube Chanel," katanya.

Aliff Syukri berkongsi detik kelahiran anaknya yang diberi nama Yusoff Al Qardawi di Instagram pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak setuju Aliff Syukri muat naik video isteri bersalin

Bayi lelaki seberat 3.15 kilogram itu selamat dilahirkan pada Isnin di sebuah hospital swasta.

Namun tindakan tersebut mendapat banyak kecaman netizen yang menyifatkan proses isteri sedang bertarung nyawa melahirkan anak sebagai saat yang sangat peribadi untuk dikongsi dengan umum.

Video tersebut turut menarik perhatian bekas penyampai radio popular, Faizal Ismail yang tidak setuju dengan tindakan Aliff Syukri.

Faizal berkata alasan berkongsi video tersebut untuk memberi pengajaran kepada orang lain adalah sekadar mahu 'halalkan perbuatan'.

"Ramai yang tak tengok video pun masih menghormati ibu dan isteri.

"Harap tak de lagi yang buat. Mungkin perlu padangan dari pakar agama dalam hal ini," katanya.

Aliff Syukri, bersalin

Artikel Lain